Peranan emoji dalam komunikasi digital / Nor Azlina Aziz Fadzillah ... [et al.].

Aziz Fadzillah, Nor Azlina and Yusof, Rozianiwati and Abdul Rahman, Normaziah and Mohd Yunus, Sri Yusmawati and Hashim, Norhafizah (2025) Peranan emoji dalam komunikasi digital / Nor Azlina Aziz Fadzillah ... [et al.]. Bulletin. Academy of Language Studies, Universiti Teknologi MARA Negeri Sembilan Branch, Rembau Campus.
Abstract

Komunikasi merupakan elemen utama dalam perhubungan manusia. Pelbagai bentuk komunikasi digunakan untuk menyampaikan maklumat daripada penyampai kepada penerima, antaranya melalui bahasa tubuh, bahasa isyarat, sentuhan, dan penulisan. Menurut Byrnes (1975), komunikasi boleh ditakrifkan sebagai satu proses perkongsian pemikiran dan perasaan seseorang melalui pertuturan, simbol, dan isyarat. Proses interaksi ini berlaku untuk mencapai matlamat seperti mempengaruhi tingkah laku, pertukaran maklumat, dan memujuk. Perkembangan teknologi turut memberi kesan terhadap cara kita berkomunikasi di dalam dunia digital. Komunikasi digital melibatkan interaksi dan penyampaian mesej secara maya melalui penggunaan peranti digital seperti komputer atau telefon bimbit. Ia disokong dengan penggunaan platform aplikasi atau laman media sosial tertentu seperti Facebook, Instagram, WhatsApp, dan Twitter yang berasaskan Internet. Emoji merupakan bentuk bahasa visual yang selalu digunakan dalam berkomunikasi secara digital. Ia sangat penting dalamkomunikasi berbentuk pesanan tekssamada di media sosial atau melalui penggunaan telefon pintar.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 115251.pdf]
Text
115251.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics