Aplikasi model Islamisasi ilmu Al-Ghazali dalam membentuk masyarakat madani / Suliah Mohd Aris ... [et al.]

Mohd Aris, Suliah and Bahri, Sumaiyah and Azlan, Aishah and Mohd Arshad, Asmaa’ (2024) Aplikasi model Islamisasi ilmu Al-Ghazali dalam membentuk masyarakat madani / Suliah Mohd Aris ... [et al.]. Journal of Contemporary Islamic Studies (JCIS), 10 (3): 18. pp. 1-14. ISSN (e-ISSN) : 0128-0902
Identification Number (DOI): 10.24191/jcis.v10i3.18
Abstract

Konsep Malaysia Madani yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bermatlamat melahirkan Malaysia sebuah negara maju yang seimbang berteraskan nilai, etika dan akhlak. Pembangunan holistik yang hendak dicapai ini bukanlah satu usaha yang mudah apatah lagi di era globalisasi kini yang memperlihatkan pengaruh ideologi Barat terlalu mudah meresapi pemikiran dan gaya hidup masyarakat. Malahan impak ilmu kolonial yang dibawa oleh mereka menyebabkan kecelaruan pemikiran antara yang benar dan salah. Fahaman ilmu yang benar adalah penting dalam menghadapi situasi ini. Justeru itu kajian ini menganalisa model Islamisasi ilmu Al-Ghazali sebagai tokoh ilmuan yang mampu menyaring kecelaruan pemikiran di zamannya. Metod kajian ini adalah menggunakan reka bentuk kualititatif iaitu kajian perpustakaan. Data primer di ambil dari karya AlGhazali iaitu Al-Munqidh min al-Ḍalal (Penyelamat daripada Kesesatan), Iḥyāʾ ʿUlūm al-Dīn (Menghidupkan kembali ilmu-ilmu Agama) dan Maqāṣid al-Falāsifah (Tujuan Ahli-ahli Falsafah) dalam mengenalpasti model Islamisasi ilmu yang digunakan beliau. Seterusnya data-data yang diperolehi tersebut dianalisis menggunakan analisa kandungan bagi mencapai objektif kajian. Hasil kajian mendapati bahawa aplikasi model ini bukan sahaja mampu membentuk masyarakat madani yang bersifat rabbaniyah dan insaniyah yang berperibadi luhur dan seimbang bahkan berfikiran kritis dan mampu menyaring ideologi semasa masa kini.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 114914.pdf]
Text
114914.pdf
Download (422kB)
Indexing & Metrics