Analisis domain afektif dalam kursus penghayatan etika dan peradaban (PEP) di institusi pengajian tinggi / Mahfuzah Mohammed Zabidi ... [et al.]

Mohammed Zabidi, Mahfuzah and Othman, Nur Syazwani and Mohammed Zabidi, Ahmad Fakhrurrazi and Mohd Burhan, Norhapizah (2024) Analisis domain afektif dalam kursus penghayatan etika dan peradaban (PEP) di institusi pengajian tinggi / Mahfuzah Mohammed Zabidi ... [et al.]. Journal of Contemporary Islamic Studies (JCIS), 10 (3): 14. pp. 1-12. ISSN (e-ISSN) : 0128-0902
Identification Number (DOI): 10.24191/jcis.v10i3.14
Abstract

Era revolusi industri 4.0 memberikan kesan bukan sahaja kepada sektor perkhidmatan dan perindustrian dalam dan luar negara, bahkan kepada perubahan nilai dalam kalangan manusia. Di sebalik kemajuan yang semakin membangun, kekurangan nilai-nilai kemanusiaan menyebabkan kesukaran dalam pembentukan mahasiswa holistik. Pembentukan mahasiswa holistik perlu seiring dengan ilmu, nilai dan kemahiran yang dimiliki agar relevan dengan pasaran kerja dan keperluan semasa. Namun begitu, isu penglibatan mahasiswa dalam penyalahgunaan dadah, pembuangan bayi dan pesta liar serta peningkatan masalah kesihatan mental menunjukkan kelompangan dari aspek afektif atau kejiwaan. Kajian ini memfokuskan analisis domain afektif dalam Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban (PEP) di institusi pengajian tinggi. Kajian ini juga mengaplikasikan reka bentuk analisis kandungan terhadap dokumen dan menjalankan temu bual secara berstruktur. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa maklumat kursus (Course Information) bagi setiap universiti ini mendokong penerapan dan pembangunan nilai dan etika yang baik dalam diri mahasiswa. Tuntasnya, domain afektif menjadi teras dalam pembangunan mahasiswa holistik berlandaskan Falsafah pendidikan Kebangsaan agar mencapai keseimbangan dari sudut jasmani, emosi, rohani dan intelek yang berlandaskan kepercayaan dan kesedaran kepada Tuhan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 114910.pdf]
Text
114910.pdf
Download (319kB)
Indexing & Metrics