Dakwah jalanan sebagai pemasaran dakwah Islamiah secara langsung terhadap sasaran orang bukan Islam / Nor Syahida Hashim ... [et al.]

Hashim, Nor Syahida and Suyurno, S. Salahudin and Yahaya, Amiratul Munirah and Mohd Jamil, Mohd Ridhuan and Mourine, Marcellus (2024) Dakwah jalanan sebagai pemasaran dakwah Islamiah secara langsung terhadap sasaran orang bukan Islam / Nor Syahida Hashim ... [et al.]. Journal of Contemporary Islamic Studies (JCIS), 10 (3): 13. pp. 1-13. ISSN (e-ISSN) : 0128-0902
Identification Number (DOI): 10.24191/jcis.v10i3.13
Abstract

Dakwah Islamiah dalam konteks masyarakat kepelbagaian di Malaysia dilihat semakin bersifat selektif, tertumpu kepada permasalahan sesama Muslim. Usaha dakwah yang kurang terhadap golongan orang bukan Islam, khususnya dalam kalangan bangsa bukan Melayu, akan menebalkan lagi ketidakjelasan serta keraguan prinsip Islam sebagai agama kebenaran. Tambahan pula, kuasa media massa yang semakin mengganas dari dalam mahupun luar negara telah meninggalkan banyak kelompongan, sehingga menafikan Islam sebagai agama keamanan dan kesejahteraan. Maka, ia amat memerlukan penjelasan serta keterangan dari pihak Islam sendiri bagi menjernihkan persepsi serta menyampaikan kebenaran hujah. Tujuan artikel ini adalah untuk melihat potensi pendekatan street dakwah dalam memasarkan dakwah Islamiah secara langsung terhadap sasaran orang bukan Islam di lokasi terbuka yang realistik. Reka bentuk kajian ini berbentuk kualitatif, menggunakan pendekatan kajian kes terhadap orang bukan Islam. Data kajian diperoleh dari kajian kepustakaan dan temu bual semi-struktur. Manakala, analisis data menggunakan analisis dokumen serta pengalaman pengurus street dakwah di lapangan. Hasil kajian ini menggariskan beberapa faktor yang menarik minat orang bukan Islam untuk mendekati Islam menerusi pendekatan street dakwah yang dijalankan. Selain itu, kajian turut membincangkan elemen-elemen kekuatan serta kelemahan street dakwah agar dapat dijadikan panduan dalam menyampaikan dakwah Islamiah terhadap orang bukan Islam secara terbuka dan harmoni di Malaysia. Seterusnya, kajian ini menyimpulkan cadangan khususnya kepada para pendakwah, terutama di barisan hadapan, untuk terus kompeten mempromosikan Islam secara langsung.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 114909.pdf]
Text
114909.pdf
Download (301kB)
Indexing & Metrics