Impak pelaksanaan wakaf tunai ke arah melestarikan sekolah agama rakyat (SAR): kajian di Sekolah Rendah Tahfiz Integrasi (SRITI) Al-Fateh, Raub, Pahang / Surita Hartini Mat Hassan ... [et al.]

Mat Hassan, Surita Hartini and Ayub, Mohd Nasir and Hamid, Che Khadijah and Yahaya, Salimah and Abdullah, Sakinatul Raadiyah (2024) Impak pelaksanaan wakaf tunai ke arah melestarikan sekolah agama rakyat (SAR): kajian di Sekolah Rendah Tahfiz Integrasi (SRITI) Al-Fateh, Raub, Pahang / Surita Hartini Mat Hassan ... [et al.]. Journal of Contemporary Islamic Studies (JCIS), 10 (3): 4. pp. 1-12. ISSN (e-ISSN) : 0128-0902
Identification Number (DOI): 10.24191/jcis.v10i3.4
Abstract

Pelaksanaan instrumen wakaf di institusi pendidikan semakin berkembang lebih-lebih setelah konsep wakaf tunai atau berwakaf menggunakan yang diperkenalkan. Berwakaf melalui wang atau lebih dikenali sebagai “wakaf tunai” merupakan instrumen yang dapat membantu memenuhi keperluan institusi pendidikan termasuklah Sekolah Agama Rakyat (SAR) mendapatkan sumber dana secara berterusan. SAR merupakan sekolah aliran agama yang ditubuhkan secara persendirian oleh individu tertentu. Kebanyakan SAR berhadapan dengan kekangan kewangan dalam mengurus dan mentadbir sekolah. Oleh sebab itu, pentadbir SAR berusaha mendapatkan dana melalui instrumen wakaf misalnya wakaf tunai. Namun sehingga kini, pelaksanaan instrumen wakaf tunai di SAR masih kurang sambutan dalam kalangan pentadbir SAR. Walau bagaimanapun, Sekolah Rendah Islam Tahfiz Integrasi al-Fateh, Raub, Pahang (SRITI, al-Fateh) merupakan sebahagian daripada SAR yang telah melaksanakan wakaf tunai dan telah memberikan kesan positif kepada pembangunan sekolah. Berlatarbelakangkan fenomena inilah kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti instrumen wakaf tunai yang terdapat di SRITI al-Fateh, Raub dan menganalisis impak pelaksanaan wakaf tunai tersebut. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang melibatkan pengumpulan data daripada sumber primer yang dikumpul melalui temu bual secara bersemuka terhadap barisan pentadbir SRITI al-Fateh yang terdiri daripada pengerusi, mudir serta pengerusi projek sekolah. Selain itu, kajian ini juga menggunakan sumber dokumen seperti buku, majalah, jurnal, artikel dan lain-lain. Data-data tersebut kemudiannya dianalisis secara analisis kandungan secara tematik. Berdasarkan penelitian, wakaf tunai mempunyai potensi yang cukup besar untuk menjamin kelangsungan dana kewangan SAR terutamanya melibatkan pelaksanaan wakaf menggunakan wang. Pelaksanaan wakaf tunai ini dapat menjamin pengurusan yang baik dan kestabilan dalam kewangan untuk menampung pembiayaan operasi, pembangunan infrastruktur, program pendidikan serta penyediaan kemudahan asas.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 114900.pdf]
Text
114900.pdf
Download (302kB)
Indexing & Metrics