Analisis pencapaian akademik penerima zakat dalam kalangan pelajar UiTM cawangan Sabah / Nor Alhana Abd Malik, Razizi Tarmuji and Saiful Nizam Amran

Abd Malik, Nor Alhana and Tarmuji, Razizi and Amran, Saiful Nizam (2024) Analisis pencapaian akademik penerima zakat dalam kalangan pelajar UiTM cawangan Sabah / Nor Alhana Abd Malik, Razizi Tarmuji and Saiful Nizam Amran. Journal of Contemporary Islamic Studies (JCIS), 10 (3): 3. pp. 1-13. ISSN (e-ISSN) : 0128-0902
Identification Number (DOI): 10.24191/jcis.v10i3.3
Abstract

Agihan zakat kepada golongan pelajar memainkan peranan yang penting bagi mengurangkan kadar keciciran dan meningkatkan motivasi mereka
untuk meneruskan pengajian di peringkat pengajian tinggi. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji latar belakang penerima zakat di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sabah dan seterusnya membuat analisis pencapaian akademik. Responden kajian terdiri daripada pelajar peringkat diploma dan ijazah sarjana muda yang pertama kali menerima bantuan zakat pada sesi Oktober 2022 hingga Februari 2023. Pendekatan yang digunakan dalam kajian ini adalah kualitatif melalui analisis dokumen berkaitan penerima zakat dalam kalangan pelajar di UiTM Cawangan Sabah dan Purata Nilai Gred (GPA) pelajar. Analisis dilakukan menggunakan kaedah statistik deskriptif dalam mendapatkan frekuensi bagi setiap pemboleh ubah yang telah ditentukan berdasarkan peringkat pengajian, jantina, kategori asnaf zakat dan biasiswa. Perbandingan juga dilakukan terhadap GPA yang diperoleh oleh pelajar pada semester Mac hingga Ogos 2022 dan semester Oktober 2022 hingga Februari 2023. Hasil dapatan menunjukkan tahap pencapaian akademik dalam kalangan pelajar yang menerima zakat buat kali pertama adalah sederhana. Dengan hasil kajian ini diharapkan dapat memberi maklumat berguna kepada pihak universiti dan juga pihak pengurusan zakat dalam usaha membantu peningkatan pencapaian akademik pelajar terutama daripada golongan yang berpendapatan rendah.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 114899.pdf]
Text
114899.pdf
Download (326kB)
Indexing & Metrics