Tabayyun dan reaksi emosi terhadap isu 3R di Malaysia: analisis respons masyarakat islam.

Zainanor, Ahmad Fairuz and Ariffin, Norfahana and Hamdan, Mohd Shahrul Nizam and Md Shukor, Sazali and Surtahman, Asma’ Wardah (2025) Tabayyun dan reaksi emosi terhadap isu 3R di Malaysia: analisis respons masyarakat islam. Journal of Islamic Philanthropy and Social Finance (JIPSF), 7 (1). pp. 54-63. ISSN 2590-3942
Abstract

Malaysia adalah sebuah negara yang Merdeka yang mempunyai rakyat pelbagai pelbagai bangsa, kaum dan etnik. Malaysia sering dilihat sebagai sebuah negara yang harmoni dimata dunia walaupun didaimi oleh pelbagai bangsa, tapi pada hakikatnya Malaysia juga tidak terkecuali dari mempunyai isu dan konflik yang mengugat keharmonian rakyatnya yang berbilang bangsa. Isu-isu berkaitan 3R (Race, Religion & Royalty) Kaum, Agama, dan Institusi DiRaja sering mencetuskan reaksi emosi yang berpotensi menggugat keharmonian sosial. Kajian ini meneliti bagaimana pendekatan Tabayyun, iaitu sikap berhati-hati dalam menilai kesahihan maklumat, dapat mengurangkan reaksi negatif dalam kalangan masyarakat Islam terhadap isu-isu ini. Dengan menggunakan metodologi campuran yang melibatkan soal selidik dan wawancara, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pendekatan Tabayyun bukan sahaja menghalang penyebaran maklumat palsu tetapi juga mengawal emosi dan menyokong kestabilan sosial. Hasil kajian ini mencadangkan bahawa pendekatan Tabayyun perlu diperkukuhkan sebagai strategi penting dalam membina keharmonian sosial di Malaysia, sekali gus mengurangkan risiko konflik yang berpunca daripada isuisu sensitif dalam masyarakat.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 114685.pdf]
Text
114685.pdf
Download (387kB)
Indexing & Metrics