E-Dinamik edisi keenam 2024

Samsudin, Aidarohani (2024) E-Dinamik edisi keenam 2024. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Johor.
Abstract

Assalamualaikum wrt wbt Salam sejahtera untuk semua, Segala puji hanya bagi Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Syukur Alhamdulilah Edisi Ke-6 Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor, e-DINAMIK telah berjaya diterbitkan pada tahun ini. Sejajar dengan usaha UiTM untuk menuju UiTM Globally Respected 2024, salah satu aspek yang menyumbang kepada pencapaian ini adalah menerusi penyelidikan, penulisan dan penerbitan. Ianya sangat penting bagi pensyarah untuk berkarya dalam bidang penulisan untuk terus berkongsi ilmu. Malah, penulisan berilmiah dari golongan akademik seringkali dijadikan rujukan oleh pelbagai pihak seperti pembuat polisi kerajaan, industri dan masyarakat. Ini kerana, mereka yakin dengan ilmu dan hasil penulisan daripada penyelidikan yang dilaksanakan oleh golongan akademik. Bahkan kesan penulisan dan penerbitan suatu artikel mempunyai impak yang sangat tinggi terhadap pembaca. Malah Napoleon Bonaparte pernah berkata “Aku lebih takut dengan seseorang yang memegang pena (penulis) daripada prajurit yang bersenjatakan lengkap”. Ini jelas menggambarkan kesan dan pengaruh dari hasil penulisan sangat berkuasa. Saya juga ingin mendorong pensyarah untuk terus menulis karya akademik bagi memenuhi keperluan dalam kategori penerbitan penyelidikan, dengan harapan pensyarah dapat mencapai objektif untuk menghasilkan penerbitan berindeks. Oleh itu, amatlah diharap pengalaman menulis di e-DINAMIK dapat menyemarakan semangat pensyarah untuk terus rajin dalam menyumbangkan karya penulisan akademik, kreatif dan juga penyelidikan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada sidang editorial e-Dinamik atas pencapaian yang membanggakan dalam menerbitkan produk penerbitan berilmiah untuk seluruh komuniti UiTM Johor. Majalah ini berfungsi sebagai dokumen penting yang merekodkan hasil penulisan ilmiah dan kreatif merangkumi pelbagai topik yang relevan daripada pensyarah di UiTM Johor. Semoga artikelartikel yang terdapat dalam e-Dinamik memberi manfaat kepada semua pembaca. Sebelum saya mengakhiri coretan ini,saya ingin mengucapkan penghargaan kepada Timbalan Rektor (Penyelidikan, Jaringan Industri, dan Alumni) atas kejayaan penerbitan e-DINAMIK Edisi Ke6. Semoga segala inisiatif yang telah dilaksanakan dalam penerbitan penulisan akademik akan terus sukses.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 114602.pdf]
Text
114602.pdf
Download (18MB)
Indexing & Metrics