Bengkel WEKA - Jabatan Sains Matematik 2017

Salleh, Juliza (2017) Bengkel WEKA - Jabatan Sains Matematik 2017. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Sarawak, Universiti Teknologi MARA, Sarawak.
Abstract

Jabatan Sains Matematik telah mengadakan Bengkel WEKA (Waikato Environment for Knowledge Analysis) pada hari Jumaat 24 Mac 2017 yang lalu bertempat di makmal komputer C2004 Kampus Samrahan 2. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Dr. Stephanie Chua Hui Li, pensyarah kanan dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, UNIMAS. Weka adalah perisian yang dibangunkan oleh Machine Learning Group di University of Waikato, New Zealand. Perisian Weka ini dikhususkan untuk perlombongan data (data mining) di mana ia merupakan satu bidang yang telah berkembang hasil daripada maklumat dan data yang semakin bertambah. Melalui bengkel ini, para peserta didedahkan bagaimana untuk mendapatkan pengetahuan tertentu daripada maklumat yang ada dan aplikasi perlombongan data. Bengkel ini telah dibahagikan kepada dua sesi, pagi dan petang. Pada sesi pagi, penceramah berkongsi dan menerangkan konsep data mining serta aplikasinya menggunakan perisian Weka. Pada sesi petang pula, para peserta dibimbing untuk menganalisis data masing-masing menggunakan perisian Weka. Seramai 19 orang pensyarah telah turut serta menjayakan bengkel ini. Bengkel telah tamat pada 4.30 petang dan diakhiri dengan jamuan ringan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 114468.pdf]
Text
114468.pdf
Download (3MB)
Indexing & Metrics