Laman Indah Sdn. Bhd.

Md Salleh, Norwahidah and Mokhtar, Nor Suraya and Ismail, Norida and Yaacob, Hasnida and Bidin, Rahimah (2000) Laman Indah Sdn. Bhd. [Entrepreneurship Project] (Unpublished)
Abstract

Laman Indah Sdn. Bhd. ialah sebuah syarikat perkhidmatan yang ditubuhkan untuk menjalankan projek perancangan landskap dan kebun bunga, dengan tarikh mula operasi pada 1 Januari 2001. Idea perniagaan ini tercetus hasil daripada penyelidikan yang menunjukkan potensi pulangan yang baik dalam sektor ini, terutamanya di Kelantan. Syarikat memilih lokasi di Tanah Merah atas faktor strategik dan kerana kawasan tersebut belum dimonopoli oleh pihak swasta, memberikan peluang bersaing yang cerah. Matlamat utama Laman Indah Sdn. Bhd. adalah untuk memenuhi keperluan pelanggan di Kelantan dalam mengindahkan dan memelihara alam sekitar, selaras dengan saranan kerajaan (menjadikan Malaysia Negara Dalam Taman). Syarikat menawarkan perkhidmatan landskap, di samping menjalankan projek menanam dan menjual pokok berbunga, berdaun, dan pokok hiasan. Spesis yang ditanam adalah terpilih dan terhad kepada yang mempunyai permintaan tinggi, kos rendah, serta mudah diuruskan. Perkhidmatan ini disediakan untuk pelbagai segmen termasuk kediaman, sekolah, taman-taman, dan pihak kerajaan terutamanya di sekitar Kelantan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 114458.pdf]
Text
114458.pdf
Download (820kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
Item Status
Indexing & Metrics