Reka bentuk poster kesedaran keselamatan dengan gabungan emoji positif / Noorlida Daud ... [et al.]

Daud, Noorlida and Mohamad Ali, Ahmad Zamzuri and Taharuddin, Nurul Shima (2022) Reka bentuk poster kesedaran keselamatan dengan gabungan emoji positif / Noorlida Daud ... [et al.]. In: UNSPECIFIED.
Abstract

Bengkel dan makmal yang dilengkapi dengan peralatan serta mesin berbahaya adalah merupakan ruang kerja yang mempunyai risiko kemalangan yang tinggi. Bagi mengingatkan pengguna dengan peraturan serta cara kerja yang selamat di bengkel dan makmal, poster-poster peringatan dan peraturan berbentuk konvensional ditampal pada ruang tertentu bengkel dan makmal. Walau bagaimana pun, paparan poster konvenstional sedia ada ini masih lemah dalam menyampaikan mesej pesanannya kepada pengguna. Kesannya, kadar kemalangan semasa pengendalian kerja-kerja bengkel masih berada di tahap yang membimbangkan kerana pengguna masih belum sedar malah sentiasa terlupa dengan peraturan yang telah digariskan. Oleh itu, pendekatan baharu perlu dikenalpasti bagi mengurangkan kadar kemalangan di bengkel dan makmal. Reka bentuk poster peringatan seharusnya perlu dikaji dan ditambah baik agar kemalangan dalam kalangan pengguna bengkel dan makmal dapat dikurangkan. Visual positif seperti reka bentuk emoji senyum berupaya memujuk dan memberi kesan simulasi seronok apabila pengguna melihat paparan poster kesedaran keselamatan di bengkel. Pendekatan sebegini dijangka berpotensi membantu pengguna untuk mudah memahami, lebih peka dan tertarik untuk lebih kerap membaca isi kandungan poster berulang kali tanpa rasa jemu.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 114396.pdf]
Text
114396.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics