Wajah alumni citra bitara UiTM: sambutan 25 tahun UiTM / ICAN UiTM

UiTM, ICAN (2024) Wajah alumni citra bitara UiTM: sambutan 25 tahun UiTM / ICAN UiTM. UiTM Press, Universiti Teknologi MARA (UiTM). ISBN 978-967-25975-4-4
Abstract

Wajah Alumni Citra Bitara UiTM adalah garapan yang menghimpunkan alumni dari 29 fakulti dan 12 kampus cawangan seluruh sistem Universiti Teknologi MARA (UiTM). Naskhah khas ini memberi gambaran serba ringkas informasi alumni selepas mereka meninggalkan alma mater yang telah mencetus dan mencorakkan kejayaan mereka. Ramai di antara alumni universiti terbesar Malaysia ini merupakan tokoh yang memberi sumbangan besar dan membawa nama baik negara di peringkat antarabangsa. Antara alumni ini termasuklah Tan Sri Richard Malanjum, bekas Ketua Hakim Negara; Prof. Awang Damit Ahmad, pelukis prolifik tanah air; dan Datuk Wan Nazri Wan Aria, pereka menara jam Abraj Al-Bait di Mekah. Mereka merupakan sebahagian daripada lebih satu juta graduan yang pernah menimba ilmu di institusi ini. Sosok alumni yang terkandung dalam naskah ini bukan sahaja mencerminkan kecemerlangan pendidikan di UiTM, tetapi juga menunjukkan bahawa impian boleh dicapai dengan usaha gigih dan dedikasi.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 114180.pdf]
Text
114180.pdf
Download (4MB)
Indexing & Metrics