Faktor-faktor yang mendorong isteri melakukan hibah kepada suami / Nurul Adilah Hidzhir and Zul-kifli Hussin

Hidzhir, Nurul Adilah and Hussin, Zul-kifli (2025) Faktor-faktor yang mendorong isteri melakukan hibah kepada suami / Nurul Adilah Hidzhir and Zul-kifli Hussin. Journal of Contemporary Islamic Studies (JCIS), 11 (1): 2. pp. 1-12. ISSN (e-ISSN) :0128-0902
Identification Number (DOI): 10.24191/jcis.v11i1.2
Abstract

Hibah merupakan salah satu akad dalam muamalah Islam. Dalam hubungan suami isteri, hibah lazimnya dibuat oleh suami kepada isteri berbanding isteri kepada suami. Namun, hibah tidak terhad kepada hubungan suami isteri Sahaja, sebaliknya ia boleh menjadi instrumen penting bagi menjamin kepentingan generasi seterusnya. Tanggungjawab rumah tangga sepenuhnya terletak di bahu suami kerana suami adalah ketua keluarga. Segala kepentingan, kebajikan rumah tangga, serta kemaslahatan semasa hidup dan setelah kematian juga merupakan tanggungjawab suami. Walau bagaimanapun, isteri juga bertanggungjawab menjaga kebajikan-kebajikan rumah tangga. Dalam konteks hibah, amalan ini lebih kerap dilakukan oleh suami kepada isteri berbanding isteri kepada suami. Namun, pada masa kini situasi telah berubah. Berdasarkan pertimbangan tertentu, para isteri kini mempunyai kesedaran awal berkaitan hibah demi kemaslahatan suami dan keluarga dengan melaksanakan hibah takaful. Penyelidikan ini bertujuan mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong isteri melakukan hibah kepada suami. Reka bentuk kajian ini adalah menggunakan pendekatan kualitatif dengan temu bual terhadap responden yang dipilih melalui persampelan bertujuan sebagai kaedah pengumpulan data. Data yang diperoleh kemudiannya dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pemberian hibah oleh isteri kepada suami adalah disebabkan oleh keprihatinan dan kelangsungan hidup suami setelah kematian isteri. Dalam pemberian hibah daripada isteri kepada suami, didapati bahawa faktor intrinsik lebih dominan berbanding faktor ekstrinsik. Hal ini menunjukkan bahawa setiap isteri mempunyai persepsi yang positif dan membuat perancangan yang rapi demi masa depan keluarga. Oleh itu, cadangan penambahbaikan boleh dilakukan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat, khususnya dalam kalangan wanita, mengenai amalan hibah

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 113946.pdf]
Text
113946.pdf
Download (445kB)
Indexing & Metrics