Amalan dan pelaksanaan wakaf tunai di Terengganu / Mohd Ridzuan Mohamad

Mohamad, Mohd Ridzuan (2025) Amalan dan pelaksanaan wakaf tunai di Terengganu / Mohd Ridzuan Mohamad. Journal of Contemporary Islamic Studies (JCIS), 11 (1): 1. pp. 1-10. ISSN (e-ISSN) :0128-0902
Identification Number (DOI): 10.24191/jcis.v11i1.1
Abstract

Perkembangan wakaf merupakan petanda positif dan secara tidak langsung kebaikannya dapat dimanfaatkan oleh pihak yang disasarkan. Wakaf tunai merupakan salah satu pendekatan alternatif di mana orang awam boleh berwakaf dengan mudah dan tahap kemampuan pewakaf untuk menyumbang adalah lebih ramai berbanding berwakaf ke atas aset bernilai tinggi seperti bangunan atau tanah. Walau bagaimanapun, pendedahan mengenai pelaksanaan wakaf tunai dari sudut impaknya masih tidak meluas dalam kalangan masyarakat khususnya di Negeri Terengganu. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menerokai secara mendalam pelaksanaan wakaf tunai di Negeri Terengganu. Data yang diperoleh di lapangan melalui kaedah temu bual dianalisis secara penganalisisan kandungan dan responden terdiri daripada kakitangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) yang bertugas di bahagian wakaf. Hasil kajian mendapati bahawa amalan dan pelaksanaan wakaf tunai di Negeri Terengganu adalah berpandukan hukum syarak serta peraturan di peringkat MAIDAM. Manfaat wakaf tunai ini diagihkan dalam bentuk sumbangan skim bantuan yang terdiri daripada Bantuan Penyelenggaraan Kubur, Bantuan Ihya’ Ramadhan, Bantuan Program Keagamaan di Masjid/Surau, Bantuan Pembaikian Kecil Sekolah Agama, Bantuan Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Bantuan Peralatan Sekolah Agama. Penerima manfaat melibatkan semua daerah di Negeri Terengganu dengan daerah tertinggi adalah Kuala Terengganu sebanyak 50%. Kesimpulannya, hasil penjanaan ini adalah penting kerana masyarakat dapat memperoleh agihan manfaat wakaf melalui skim bantuan yang telah diwujudkan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 113945.pdf]
Text
113945.pdf
Download (366kB)
Indexing & Metrics