Gotong-royong menggali lubang pokok waqaf bagi Program Khidmat Masyarakat (CSR): menanam pokok wakaf dusun ilmu (WADI)

Perpustakaan Tun Abdul Razak, Bahagian Korporat dan Kolaborasi (2022) Gotong-royong menggali lubang pokok waqaf bagi Program Khidmat Masyarakat (CSR): menanam pokok wakaf dusun ilmu (WADI). Bulletin. Perpustakaan Tun Abdul Razak, Shah Alam.
Abstract

8 September 2022 - Khamis, PTAR UiTM Cawangan Melaka dengan kerjasama Unit Waqaf, Zakat dan lnfaq (El-Wazif), UiTM Cawangan Melaka dan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) UTC, Melaka telah mengadakan aktiviti gotong-royong menggali lubang pokok waqaf bagi Program Khidmat Masyarakat (CSR): Menanam Pokok Wakaf Dusun Ilmu (WADI) UiTM Cawangan Melaka. Program gotong- royong ini diketuai oleh Encik Nazri Abu Bakar, Pembantu Pustakawan Tertinggi PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah. Aktiviti gotong-royong ini dijalankan bermula pada 8.00 pagi sehingga 10.00 pagi, bertempat di Dusun llmu, (WADI) UiTM Cawangan Melaka. Aktiviti gotong-royong ini dijalankan bagi tujuan membersihkan kawasan tapak WADI dan menggali sebanyak 23 buah lubang bagi Program Khidmat Masyarakat (CSR) menanam pokok waqaf pada 13 September 2022 yang akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 113316.pdf]
Text
113316.pdf
Download (9MB)
Indexing & Metrics