Paradigma Johor: Malaysian Academy of SME and Entrepreneurship Development Edisi 10

Zainon, Saunah and Mohamad Khalid, Rusnani (2023) Paradigma Johor: Malaysian Academy of SME and Entrepreneurship Development Edisi 10. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Johor.
Abstract

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera. Segala pujian bagi Allah Yang Maha Esa. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana diberikan sedikit ruang untuk melakar sepatah dua kata dalam Majalah Paradigma Johor Edisi Kesepuluh. Sekalung tahniah dan syabas kepada Sidang Redaksi Majalah Paradigma Johor di bawah Unit Keusahawanan MASMED, Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri UiTM Cawangan Johor di atas kejayaan menerbitkan majalah untuk edisi kesepuluh yang memberi liputan dalam bidang perniagaan dan keusahawanan. Saya memerhati majalah ini semakin berkembang secara baik dan terbukti apabila sudah ada 10 penerbitan yang dihasilkan dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini. Usaha ini harus mendapat pujian kerana majalah ini bukan sahaja meliputi aktiviti di UiTM Cawangan Johor sahaja malahan dari kampus-kampus dari cawangan seluruh sistem UiTM. Sudah tentu majalah ini memberi liputan yang menyeluruh dalam bidang keusahawanan, pembangunan perniagaan dan juga program pembinaan yang membentuk kendiri pelajar.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 112962.pdf]
Text
112962.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics