Kajian wacana lisan Bahasa Melayu dalam Pengucapan Awam: satu tinjauan / Zarien Nurlieyana Aminuddin and

Aminuddin, Zarien Nurlieyana and Mohd Kiram, Norazlina (2023) Kajian wacana lisan Bahasa Melayu dalam Pengucapan Awam: satu tinjauan / Zarien Nurlieyana Aminuddin and. Forum Komunikasi, 18 (1): 3. pp. 50-67. ISSN 0127-8991
Abstract

Wacana lisan merupakan salah satu aspek penting dalam pengucapan awam. Secara umumnya, pengucapan awam merupakan platform untuk menyalurkan maklumat dan mesej kepada khalayak. Dalam hal ini, penguasaan bahasa sangat penting untuk memastikan ucapan dapat disampaikan kepada khalayak dengan berkesan. Walau bagaimanapun, bukan semua ucapan lisan mengandungi maklumat yang jelas, penyampaian yang sistematik dan penggunaan bahasa yang baik. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk menghuraikan kajian lepas yang dilakukan oleh sarjana berkaitan wacana lisan dan kepentingannya terhadap komunikasi sosial. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kaedah analisis kandungan. Sebanyak 16 artikel yang diterbitkan daripada tahun 2000 hingga 2021 telah diteliti dan dianalisis secara tematik. Kajian ini mengemukakan tiga kategori tema, iaitu kepemimpinan (5), kebahasaan (7) dan kemahiran (4) kerana ketiga-tiganya penting untuk memastikan seseorang itu terampil berucap. Hasil kajian mendapati bahawa kajian terdahulu berkaitan wacana lisan merangkumi tema kepemimpinan (31%), kebahasaan (44%) dan kemahiran (25%). Secara keseluruhannya, ketiga-tiga tema yang dikaji menunjukkan bahawa pengucap menggunakan wacana lisan untuk memperkukuh ucapan dan wibawa dirinya, sekali gus mempengaruhi khalayak untuk menerima mesej yang disampaikan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 112596.pdf]
Text
112596.pdf
Download (304kB)
Indexing & Metrics