Transkrip wawancara bersama Puan Zailintun binti Jaafar usahawan berjaya Minyak Mestika Che Mah & Sons

Zaidi, Nur Nadiah Nadhirah and Che Rahim, Nurlissa Farahin (2025) Transkrip wawancara bersama Puan Zailintun binti Jaafar usahawan berjaya Minyak Mestika Che Mah & Sons. [Oral History] (Unpublished)
Abstract

Temubual ini adalah diantara kami iaitu Nur Nadiah Nadhirah Binti Zaidi dan Nurlissa Farahin Binti Che Rahim bersama Puan Zailintun binti Jaafar iaitu Pengurus Pentadbiran syarikat Che Mah & Sons Minyak Mestika. Wawancara ini dijalankan di Pejabat Urusan Minyak Mestika Enterprise Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan. Sesi wawancara ini telah dijalankan pada hari Khamis, 12 December 2024 pada pukul 10.30 pagi. Temubual ini berkisar tentang latar belakang Puan Zailintun Binti Jaafar dan pengalaman beliau dalam perusahaan produk kesihatan secara tradisional di Kelantan. Selain itu, pelbagai pengalaman yang diperolehi oleh beliau sepanjang beliau melibatkan diri dalam bidang perniagaan yang membekalkan produk kesihatan kepada pengguna. Ketika temubual ini berlangsung, kami dapat mengetahui selok belok perniagaan dan proses pembuatan minyak mestika yang diusahakan oleh keluarga Puan Zailintun Binti Jaafar. Disamping itu juga, temubual ini dapat memberi serba sedikit gambaran tentang pengalaman yang dilalui oleh Puan Zailintun Binti Jaafar sejak dari mula penglibatan beliau sehingga sekarang.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 112463.pdf]
Text
112463.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics