Transkrip wawancara bersama Ahmad Saifuddin bin Mohd Nor & Haji Ismail bin Haji Ibrahim Tok Imam & Tok Bilal Masjid Tok Pulai Chondong

Mohd Nasir, Muhamad Fadhil and Masharudin, Muhammad Fahim Fitri (2025) Transkrip wawancara bersama Ahmad Saifuddin bin Mohd Nor & Haji Ismail bin Haji Ibrahim Tok Imam & Tok Bilal Masjid Tok Pulai Chondong. [Oral History] (Unpublished)
Abstract

Temubual ini dilakukan bersama Imam Masjid Tok Pulai Chondong iaitu Encik Ahmad Saifuddin Bin Mohd Nor dan Bilal Masjid Tok Pulai Chondong iaitu Haji Ismail Bin Haji Ibrahim untuk mengetahui tentang asal usul dan sejarah Masjid Tok Pulai Chondong. Temubual ini telah dijalankan di Masjid Tok Pulai Chondong, Kelantan. Temubual ini dilaksanakan pada dua sesi yang berbeza, iaitu pada 19 Disember 2024 dari jam 2.45 petang hingga 4.10 petang. Temubual ini bertujuan untuk mengetahui secara mendalam mengenai latar belakang masjid, peranan masjid dalam kehidupan masyarakat setempat, serta perubahan besar yang telah dilalui dari segi struktur fizikal dan fungsi sosial. Kajian ini bukan sahaja merekodkan sejarah, tetapi juga menyelami nilai-nilai tradisi dan warisan budaya yang terus dipelihara oleh komuniti setempat melalui peranan masjid ini. Data yang diperoleh daripada temubual ini diharapkan dapat menjadi rujukan berharga bagi generasi akan datang, di samping memupuk penghargaan terhadap institusi masjid sebagai pusat keagamaan, sosial, dan budaya dalam masyarakat Islam di Malaysia.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 112450.pdf]
Text
112450.pdf
Download (989kB)
Indexing & Metrics