Transkrip wawancara bersama Encik Mohd Salizan bin Abdul Rahman pengukir kayu tradisional Pantai Timur / Fairuz Syairah Abdul Karim and Muhammad Zakir Ifuan Mohd Nazri

Abdul Karim, Fairuz Syairah and Mohd Nazri, Muhammad Zakir Ifuan (2024) Transkrip wawancara bersama Encik Mohd Salizan bin Abdul Rahman pengukir kayu tradisional Pantai Timur / Fairuz Syairah Abdul Karim and Muhammad Zakir Ifuan Mohd Nazri. [Oral History] (Unpublished)
Abstract

Temubual ini dilakukan bersama seorang insan yang diberi gelaran “The Royal Carver” iaitu Encik Mohd Salizan Bin Abd Rahman untuk mengetahui tentang perincian berkaitan dengan seni ukiran kayu dan singgahsana diraja kerana beliau adalah orang yang berkemahiran dan berpengetahuan di dalam bidang ini. Temubual ini telah dijalankan secara atas talian menggunakan platform “Google Meet”. Tarikh temubual tersebut adalah pada 13 Jun 2024 bermula pada jam 2.30 petang hingga 4.30 petang. Encik Mohd Salizan Bin Abd Rahman adalah Ketua Pakatan Juru Ukir Tradisional. Encik Mohd Salizan Bin Abd Rahman mula bekerja sebagai arkitek bermula dari tahun 1994 hingga 1998 dan pada tahun 1998 hingga 2005 beliau mula berkhidmat dengan Hj Abd Rahman Long iaitu bapa beliau sehingga dinaikkan pangkat ke jawatan Ketua Pakatan Juru Ukir Tradisional yang bermula pada tahun 2005 hingga kini. Tugas Encik Mohd Salizan Bin Abd Rahman tidak hanya terhad kepada jawatan sebagai Ketua Pakatan Juru Ukir Tradisional tapi juga sebagai pengukir yang menghasilkan pelbagai karya. Pelbagai ujian dan cabaran telah dihadapi oleh Encik Mohd Salizan Bin Abd Rahman semasa berkhidmat di dalam bidang seni ukiran kayu. Senarai soalan juga telah disediakan untuk ditanyakan kepada tokoh. Sejarah kehidupan dan kerjaya beliau dapat dijadikan sumber inspirasi kepada semua orang. Kajian sejarah lisan ini diharapkan dapat membantu orang lain mengenali dan menghargai penggiat seni tanah air kita.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 112439.pdf]
Text
112439.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics