Program MaiSOQ: Pejabat Rektor & Fakulti Pengurusan Hotel Dan Pelancongan, UiTM Cawangan Pulau Pinang, santuni warga PDRM dan BOMBA Daerah Seberang Perai Tengah dengan juadah sahur / Dr. Norhamizan Hamir, Norliana Hashim and Mohd Syafiq Othman

Hamir, Norhamizan and Hashim, Norliana and Othman, Mohd Syafiq (2025) Program MaiSOQ: Pejabat Rektor & Fakulti Pengurusan Hotel Dan Pelancongan, UiTM Cawangan Pulau Pinang, santuni warga PDRM dan BOMBA Daerah Seberang Perai Tengah dengan juadah sahur / Dr. Norhamizan Hamir, Norliana Hashim and Mohd Syafiq Othman. Bulletin. Faculty of Hotel & Tourism Management, UiTM Pulau Pinang.
Abstract

Pada 29 Mac 2024, bersamaan dengan 18 Ramadhan 1445, sebuah inisiatif mulia melalui program yang dinamakan MaiSOQ telah dianjurkan oleh Pejabat Rektor dan Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan (FPHP), UiTM Cawangan Pulau Pinang di Pusat Islam, UiTM Cawangan Pulau Pinang. Program dengan tema “Sahur Meriah Penuh Barakah" bertujuan untuk menyantuni anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di daerah Seberang Perai Tengah dengan menyediakan juadah sahur.
Program ini mempunyai matlamat yang jelas, antaranya untuk menggalakkan staf dan pelajar Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan (FPHP) yang terlibat meningkatkan sifat ihsan, memperkukuhkan hubungan positif antara universiti dan masyarakat setempat, serta meningkatkan kerjasama dengan rakan strategik.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 112102.pdf]
Text
112102.pdf
Download (3MB)
Indexing & Metrics