Reformasi Institusi Ketua Masyarakat (Kajian Khusus Di Daerah Sarikei) / Lily Sinta ... [et. al]

Sinta, Lily and Shahbuddin, Awangku and Khan, Hj. Akhtar and Bujang, Kamil and Sekam, Mahsen (1996) Reformasi Institusi Ketua Masyarakat (Kajian Khusus Di Daerah Sarikei) / Lily Sinta ... [et. al]. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Tumpuan kajian adalah di Daerah Sarikei. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kelemahan-kelemahan yang ada pada institusi Ketua Masyarakat dan seterusnya mencadangkan beberapa saranan supaya institusi ini dapat berperanan dengan lebih berkesan dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat. Untuk melihat sejauhmana masyarakat setempat tahu mengenai institusi Ketua Masyarakat seramai 120 orang telah dipilih secara rawak bersistematik, untuk menjawab borang soal-selidik. Data yang diperolehi telah dianalisis secara peratusan. Hasil kajian menunjukkan bahawa tidak ramai yang mengetahui fungsi dan peranan sebenar Ketua Masyarakat walaupun mereka mengetahui akan kewujudannya. Hasil kajian juga dapat mengenalpasti beberapa masalah yang dihadapi oleh institusi ini yang membabitkan keberkesanan peranan yang dimainkan olehnya dalam masyarakat. Beberapa saranan dicadangkan untuk mengatasi masalah-masalah tersebut.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 112082.pdf]
Text
112082.pdf
Download (732kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Bilik Koleksi Akses Terhad | PTAR Kampus Samarahan 2, Sarawak
Item Status
Processing
Indexing & Metrics