Program Kesedaran Berkesatuan Bersama Graduan 21 Jun 2023 / Asmah Sabtu

Sabtu, Asmah (2023) Program Kesedaran Berkesatuan Bersama Graduan 21 Jun 2023 / Asmah Sabtu. Bulletin. Perpustakaan Tun Abdul Razak, Shah Alam.
Abstract

Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan (JHEKS) dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam telah menganjurkan program Kesedaran Berkesatuan Bersama Graduan: Akta 262 pada 21 Jun 2023 bertempat di Bilik Seminar PTAR UiTM Shah Alam. Program ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja Malaysia YBrs. Encik Kamal bin Pardi. Menerusi ucapan sewaktu majlis perasmian penutup program, YBrs. Encik Kamal memaklumkan hanya 960 ribu rakyat Malaysia telah menjadi ahli kesatuan berbanding 10 juta rakyat Malaysia yang bekerja dan layak menjadi ahli kesatuan. Program yang bermatlamat menyebar luas kepentingan kesatuan sekerja dalam organisasi turut mengundang kehadiran tetamu kehormat iaitu Encik Ahmad Faisal Mohamed Fiah, Presiden MITASA (Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM) dan Tuan Haji Zulki i Mohamad, Presiden KKUUiTM (Kesatuan Kakitangan Umum UiTM).

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 112060.pdf]
Text
112060.pdf
Download (5MB)
Indexing & Metrics