Program world #QuranHour 2023 Perpustakaan Sultan Badlishah 14 Mac 2023 / Rafidah Muhamad Sam

Muhamad Sam, Rafidah (2023) Program world #QuranHour 2023 Perpustakaan Sultan Badlishah 14 Mac 2023 / Rafidah Muhamad Sam. Bulletin. Perpustakaan Tun Abdul Razak, Shah Alam.
Abstract

Program ini dilaksanakan secara serentak di seluruh negeri mengikut cadangan tarikh yang ditetapkan oleh Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM) dengan konsep membaca Al-Quran, mendalami maksud dan bertadabbur. Objektif utama program ialah menilai sejauh mana hubungan dan interaksi dengan Al-Quran serta kesedaran tentang perlunya kepada Al-Quran. Selain itu, tujuan program ini diadakan untuk menjadikan Al-Quran sebagai panduan paling lengkap untuk kehidupan seharian kita. Program ini diadakan serentak di seluruh negara pada 22 Ramadan 1444H bersamaan hari Khamis , 13 April 2023 jam 12.00 tengahari hingga 1.00 tengahari. Untuk tahun 2023 bagi mencapai matlamat “Dunia berbudi dan Penyayang” maka surah Al-Insan telah dipilih dengan membawa tema “Memanusiakan Ummah”. Pelaksanaan program ini diharapkan dapat menzahirkan 100 juta ummah berinteraksi dengan Al-Quran di seluruh dunia disamping memberi inspirasi kepada ummah untuk berinteraksi bersama Al-Quran dan menyebarkan kebaikan dan membuat perubahan ke arah yang positif.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 112009.pdf]
Text
112009.pdf
Download (6MB)
Indexing & Metrics