Program Bubur Lambuk Kolej Pengajian Kejuruteraan 6 April 2023 / Rizana Mohd Radwan

Mohd Radwan, Rizana (2023) Program Bubur Lambuk Kolej Pengajian Kejuruteraan 6 April 2023 / Rizana Mohd Radwan. Bulletin. Perpustakaan Tun Abdul Razak, Shah Alam.
Abstract

Perpustakaan Tun Abdul Razak Kejuruteraan telah bersama-sama bergabung tenaga berkolaborasi bersama, Kolej Pengajian Kejuruteraan UiTM Shah Alam dan Sekretariat Mahasiswa Fakulti, Pengajian Kejuruteraan Elektrik, UiTM Shah Alam dalam menjayakan Program Bubur Lambuk Kolej Pengajian Kejuruteraan. Program dimulakan seawal pagi dengan aktiviti rewang dan semua warga bergotong royong menyediakan kelengkapan. Dua menu hidangan telah disediakan iaitu Bubur Lambuk Ayam dan Bubur Lambuk Daging. Kelengkapan dan bahan memasak diperolehi melalui sumbangan dari warga Kolej Pengajian Kejuruteraan. Staf Perpustakaan Kejuruteraan sendiri turut terlibat menggembleng tenaga dengan menghantar semua staf bergotong royong dan peserta program diagihkan dalam beberapa tugasan seperti merewang, mengacau bubur, membungkus dan mengagihkan bubur kepada warga Kolej Pengajian Kejuruteraan. Dianggarkan sebanyak 2000 (dua ribu) bekas bubur lambuk bersama pakel kurma dan air mineral telah berjaya disediakan pada hari tersebut.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 111874.pdf]
Text
111874.pdf
Download (9MB)
Indexing & Metrics