#QuranHour tadabbur Surah Al Insan dan ulasan Kitab Tafsir Al-Quran Abru Al Athir 18 April 2023 / Asmah Sabtu

Sabtu, Asmah (2023) #QuranHour tadabbur Surah Al Insan dan ulasan Kitab Tafsir Al-Quran Abru Al Athir 18 April 2023 / Asmah Sabtu. Bulletin. Perpustakaan Tun Abdul Razak, Shah Alam.
Abstract

Kembali kepada hakikat kejadian manusia. Itulah yang boleh digambarkan apabila menghadiri program #QuranHour pada 18 April 2023. Sebaik sahaja hadirin selesai membaca sepuluh ayat awal Surah Al-Insan, Ustaz Haji Md. Idris Abdullah memulakan syarahannya dengan gaya yang agak santai namun mengesankan. Beliau menyebut, setelah manusia dan jin diciptakan, maka Allah timpakan ujian demi menguji tahap ketaatan iman masing-masing sewaktu hidup di dunia. Sekiranya manusia beriman, maka akan menerima balasan syurga namun jika sebaliknya, sesungguhnya azab Allah amatlah pedih. Seperti surah-surah lain yang terkandung dalam Al-Quran, dalam surah ini turut dinyatakan akan kebesaran dan kekuasaan Allah SWT yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Program #QuranHour ini adalah inisiatif Read@UiTM, PTAR dan telah dihoskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tazkirah PTAR Encik Asraf Zamani bin Hazim.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 111861.pdf]
Text
111861.pdf
Download (3MB)
Indexing & Metrics