AKNC 2024 Universiti Teknologi MARA (Perlis): pengurusan dan pembangunan staf

UiTM, Cawangan Perlis (2024) AKNC 2024 Universiti Teknologi MARA (Perlis): pengurusan dan pembangunan staf. Universiti Teknologi MARA (UiTM). (Unpublished)
Abstract

Kepimpinan yang cekap, telus dan berpandangan jauh merupakan komponen utama dalam menentukan kecemerlangan pengurusan sesebuah organisasi. UiTMPs dipimpin oleh barisan pengurusan yang berkaliber dan dinamik, yang meletakkan agenda kecemerlangan pengurusan dan pembangunan staf sebagai agenda utama dalam mentadbir kampus. Kampus ini diketuai oleh Rektor yang bertanggungjawab merealisasikan pencapaian Misi dan Visi UiTM. Rektor dibantu oleh Timbalan Rektor (Hal Ehwal Akademik), Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar), Timbalan Rektor (Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat, Alumni dan Keusahawanan), Timbalan Pendaftar Kanan, Timbalan Bendahari dan Timbalan Perpustakaan yang kesemuanya merupakan pengurusan tertinggi kampus. Di samping itu, dalam memastikan kecemerlangan pengurusan dan pembangunan staf terutama staf akademik, pengurusan UiTMPs dibantu oleh Ketua Pusat Pengajian, Koordinator, Penyelaras dan Ketua Unit yang dilantik bagi peranan dan fungsi tertentu.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 111545.pdf]
Text
111545.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics