Interaksi dinamik antara ilmu fizik dan sukan/ Nurul Ilham Adam

Adam, Nurul Ilham (2023) Interaksi dinamik antara ilmu fizik dan sukan/ Nurul Ilham Adam. UiTM News Hub. pp. 1-2.
Abstract

Ilmu Fizik dan sukan dikaitkan secara intrinsik, dengan prinsip saintifik yang penting dalam menentukan hasil pelbagai aktiviti sukan. Artikel ini akan memperjelaskan hubungan dinamik antara ilmu Fizik dan sukan berlandaskan hukum gerakan dalam konsep tenaga dan biomekanik.Teori Hukum gerakan Newton oleh Sir Isaac Newton pada abad ke-17, adalah asas untuk memahami ilmu fizik dan gerakan dalam sukan. Hukum ini dikenali sebagai hukum inersia, dimana objek dalam keadaan diam (tidak bergerak) akan kekal dalam keadaan diam. Manakala objek yang bergerak akan terus bergerak pada halaju malar jika tiada tindakan oleh daya luar. Para atlet mempraktikkan hukum ini dalam pelbagai sukan contohnya dalam acara trek padang, di mana pelari pecut memecut dengan mengerahkan seluruh tenaga secara maksimum untuk mengatasi inersia dari garisan permulaan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 111464.pdf]
Text
111464.pdf
Download (877kB)
Indexing & Metrics