AKNC 2024 Universiti Teknologi MARA (Kelantan): jaringan alumni, komuniti dan kesukarelawan

UiTM, Cawangan Kelantan (2024) AKNC 2024 Universiti Teknologi MARA (Kelantan): jaringan alumni, komuniti dan kesukarelawan. Universiti Teknologi MARA (UiTM). (Unpublished)
Abstract

Kepimpinan di UiTM Cawangan Kelantan (UiTMCK) berasaskan prinsip kecemerlangan yang selari dengan visi dan misi UiTM untuk menjadi university terkemuka dunia menjelang tahun 2025. Dalam usaha mencapai visi ini, Rektor, Profesor Dr. Haji Abdol Samad Nawi, Bersama kepimpinan kanan universiti, telah mengambil langkah-langkah strategik dan inovatif untuk memastikan pencapaian yang signifikan dalam bidang jaringan komuniti, alumni, dan kesukarelawan. UiTMCK telah menyelaraskan pendekatannya dengan matlamat Sustainable Development Goals (SDG) yang merangkumi objektif global seperti penghapusan kemiskinan (SDG 1), peningkatan kesihatan yang baik (SDG 3), dan penyediaan pendidikan berkualiti (SDG 4). Pendekatan ini turut diselaraskan dengan Polisi Malaysia Madani serta Amanat Naib Canselor UiTM, yang memberikan panduan strategik dalam pelaksanaan inisiatif kampus. Kepimpinan UiTMCK telah melaksanakan 12 Ikhtiar Utama yang memberi tumpuan kepada penglibatan aktif semua fakulti dan jabatan dalam memperkukuhkan hubungan dengan industri, komuniti, dan alumni, serta mencapai matlamat kecemerlangan global.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 111438.pdf]
Text
111438.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics