AKNC 2024 Fakulti Farmasi: penyelidikan & penerbitan dan pengkomersilan

UiTM, Fakulti Farmasi (2024) AKNC 2024 Fakulti Farmasi: penyelidikan & penerbitan dan pengkomersilan. Universiti Teknologi MARA (UiTM). (Unpublished)
Abstract

Pengurusan Kanan FF TELAH merangka beberapa PERANCANGAN berkaitan Bidang Tumpuan (BT) iaitu Penyelidikan, Penerbitan dan Pengkomersilan dengan memformulasikan Pelan Tindakan Strategik (PTS) yang dibangunkan berdasarkan sasaran petunjuk prestasi (PI) dan didokumentasikan dalam dokumen Pensejajaran Perancangan Strategik FF 2021-2025 Bil. 6. Perancangan ini dirangka bagi mencapai aspirasi UiTM untuk menjadi “Universiti Terkemuka Dunia” menjelang tahun 2025 dan memenuhi hasrat negara mencapai objektif “Wawasan Kemakmuran Bersama 2030”. Garis panduan yang digunakan dalam merangka PTS berkaitan adalah berdasarkan Pelan Strategik UiTM 2025, Malaysia Higher Education Blueprint 2015-2025, Rancangan Malaysia ke-12 (2021-2025), Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara 2021-2030, Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), Malaysian Science, Technology, Innovation and Economy Framework (MySTIE-10 on 10) dan National Policy on Industry 4.0.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 111323.pdf]
Text
111323.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics