eInfodiscovery@Library Vol.8/2021: jejak tokoh ulama Terengganu / Asmahani Abdullah

Abdullah, Asmahani (2021) eInfodiscovery@Library Vol.8/2021: jejak tokoh ulama Terengganu / Asmahani Abdullah. Bulletin. Perpustakaan Tun Abdul Razak, Shah Alam.
Abstract

Penglibatan ulama dalam lipatan sejarah memperjuangkan tanah air di Terengganu pada awal kemerdekaan Malaysia sememangnya tidak dapat disangkal. Sebahagian sumber berpendapat cerita kehebatan tokoh ulama dalam perjuangan kemerdekaan kurang didendangkan kerana sering disalah anggap sebagai suatu pemberontakan dan penderhakaan kepada pemerintah. Menjejaki catatan penyelidikan dan kisah ulama Terengganu ini telah menerbitkan satu semangat cintakan tanah air selain kagum dengan ketokohan para ulama mengatur strategi mempertahankan hak rakyat tempatan. Justeru, elnfoDiscovery@Library Vol. 8/2021 kali ini ingin membawakan para pembaca turut sama mengenali pejuang kemerdekaan di kalangan agamawan tempatan melalui tajuk Jejak Tokoh Ulama Terengganu untuk kita sama -sama mengenali tokoh ulama Terengganu yang juga personaliti agamawan yang banyak menghasilkan kitab rujukan Islam awal kemerdekaan tanah air yang kita cintai ini.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 110862.pdf]
Text
110862.pdf
Download (10MB)
Indexing & Metrics