Live@PTAR bersama Pejabat Kursi Institusi Raja-Raja Melayu: peranan raja-raja melayu dalam mencapai kemerdekaan, 6 Ogos 2021 / Noor Azureen Abd. Aziz

Abd. Aziz, Noor Azureen (2021) Live@PTAR bersama Pejabat Kursi Institusi Raja-Raja Melayu: peranan raja-raja melayu dalam mencapai kemerdekaan, 6 Ogos 2021 / Noor Azureen Abd. Aziz. Bulletin. Perpustakaan Tun Abdul Razak, Shah Alam.
Abstract

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam dengan kerjasama Pejabat Kursi lnstitusi Raja-Raja Melayu (KIRRM) UiTM Shah Alam telah menganjurkan program bual bicara bersempena Hari Kemerdekaan yang ke-64 secara langsung dalam segmen bicara pakar yang bertajuk "Tanah Melayu Merdeka: Peranan Raja-Raja Melayu dalam Mencapai Kemerdekaan. Program kali ini dikendalikan oleh Datin Dr. Zahariah Sahudin, Felo di Kursi lnstitusi
Raja-Raja Melayu UiTM Shah Alam selaku moderator bersama panel jemputan Datuk Dr. Shamrahayu Ab Aziz, Penyandang, Kursi Raja-Raja Melayu UiTM Shah Alam. Sesi perkongsian ilmu pada kali ini dimulakan dengan penceritaan kepada peranan raja-raja Melayu dalam mencapai kemerdekaan yang mana pada awalnya Kota Melaka mengalami fasa penjajahan dan pentadbiran oleh kuasa asing hampir 450 tahun daripada kuasa-kuasa Barat dan Jepun. Dalam konteks lnstitusi Beraja, apabila Melaka diangkat sebagai sebuah empayar yang disegani dunia pada abad ke-15, Melaka ditadbir dengan menggunakan
Sistem Beraja yang mana ia sangat berkesan pada kegemilangan Melaka, maka peranan lnstitusi Beraja adalah sangat penting dan paling utama pada ketika itu.

Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 110812.pdf]
Text
110812.pdf
Download (11MB)
Indexing & Metrics