Penyertaan pelajar Pusat Pengajian Sains Maklumat, UiTM Cawangan Sarawak sepanjang Program Kembara Ilmu anjuran Kementerian Perpaduan Negara dan Perpustakaan Negara Malaysia / Dr Hajah Imilia Ibrahim

Ibrahim, Dr Hajah Imilia (2023) Penyertaan pelajar Pusat Pengajian Sains Maklumat, UiTM Cawangan Sarawak sepanjang Program Kembara Ilmu anjuran Kementerian Perpaduan Negara dan Perpustakaan Negara Malaysia / Dr Hajah Imilia Ibrahim. Bulletin of School of Information Science, UiTM Sarawak, 1 (1): 8. p. 14. ISSN 3030-5578
Abstract

Pada 20 Mei 2023, Kementerian Perpaduan Negara dan Perpustakaan Negara Malaysia telah menganjurkan satu program Kembara Ilmu bertempat di Go Down Amphitheatre, Dataran Tebingan Sungai Sarawak, Muzium Budaya Borneo dan Muzium Sarawak. Untuk menyahut saranan pihak Kerajaan, Pusat Pengajian Sains Maklumat, UiTM Cawangan Sarawak telah menghantar seramai 10 orang pelajar Diploma Pengurusan Maklumat dari semester 2 dan 4 untuk menyertai program ini. Program ini telah dirasmikan melalui sesi Flag Off oleh Yang Berhormat Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara. Antara tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada para pelajar terutama dari Pusat Pengajian Sains Maklumat untuk mengenali dan mempelajari lebih dekat peranan dan tanggungjawab yang dimainkan oleh agensi maklumat yang terdapat di sekitar Bandaraya Kuching demi menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan generasi masa kini.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 110739.pdf]
Text
110739.pdf
Download (377kB)
Indexing & Metrics