Warna jingga dan kepentingannya / Nazima Versay Kudus

Versay Kudus, Nazima (2025) Warna jingga dan kepentingannya / Nazima Versay Kudus. Bulletin. Academy of Language Studies.
Identification Number (DOI): Issue 1
Abstract

Pigmen wama jingga dihasilkan oleh dua warna primer iaitu merah dan kuning. Dalam masyarakat Melayu. warna jingga dikaitkan dcngan hasil alami scpcrti pinang masak, kunyit. labu dan kuning Iemak ketam.

Sejarah Penggunaan Warna Jingga
Menurut Phillips (2023), pada zaman Mesir Purba dan Zaman Pertengahan, mineral realgar dan orpiment yang menghasilkan warna jingga digunakan masing-masing untuk menghias makam dan manuskrip. Nama orange diberikan kepada warna ini pada abad ke-16. Sebelum itu. ia dikenali sebagai safron atau kuning merah. Apabila pedagang Portugis membawa pokok oren dari Asia ke Eropah pada akhir abad ke-15 hingga awal abad ke-16, nama buah sitrus ini kemudiannya diabadikan sebagai nama warna tersebut.

Warna Jingga dalam Teks Klasik Melayu
Menurut carian dari Malay Concordence Project (n.d). sebuah korpus digital teks Melayu dalam talian, wama jingga diguna dalam beberapa teks klasik Melayu. Istilah ini kerap kali digunakan untuk menggambarkan warna pakaian. kain atau aksesori. Sebagai contoh, dalam Hikayat Panji Kuda Semirang, terdapat frasa “berkampuh sutra jingga". manakala dalam Syair Ken Tambuhan, disebut “berkampuh jingga bunga teratai". Perkataan “kampuh" di sini merujuk kepada kain sarung yang dijahit dari dua helai kain menjadi satu (Kamus DBP Online. 2017). Selain itu, dalam Hikayat Indera Nata. terdapat ungkapan “berkain jingga beremas”. Wama jingga juga digunakan untuk elemen hiasan lain. Sebagai contoh. dalam Hikayat Maharaja Marakarma, terdapat frasa “berpelana jingga" yang merujuk kepada lapik tempat duduk belakang kuda dan dalam Hikayat Inderaputera, disebut "kaca jingga"

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 109984.pdf]
Text
109984.pdf
Download (233kB)
Indexing & Metrics