Kasih Ramadhan PKA 2023 / Satira Hambali

Hambali, Satira (2024) Kasih Ramadhan PKA 2023 / Satira Hambali. Bulletin. Unit Penerbitan PKAPP.
Abstract

Program Kasih Ramadhan PKA 2023 ini merupakan satu initiatif dari Pengajian Kejuruteraan Awam bagi menyantuni para pelajar dengan mengagihkan Pek Berbuka Puasa kepada 200 orang pelajar PKA. Program ini telah dilaksanakan pada 13 April 2023, bersamaan dengan 23 Ramadhan 1444H. Pek yang disampaikan kepada para pelajar ini mengandungi bungkusan makanan, air mineral dan kek. Ia adalah hasil sumbangan ikhlas daripada staf PKA kepada para pelajar. Sumbangan ini telah mendapat sambutan yang hangat daripada para pelajar di mana pek makanan ini berjaya diagihkan dalam masa yang singkat. Walaupun sumbangannya tidak seberapa, tetapi bermakna buat para pelajar. Program yang dianjurkan oleh Unit Kebajikan, Sukan & Khidmat Masyarakat PKA ini diharapkan dapat mengeratkan silaturahim antara pelajar dan staf PKA keseluruhannya. Diharapkan juga agar program sebegini dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 108502.pdf]
Text
108502.pdf
Download (871kB)
Indexing & Metrics