Program Plus Tahfiz UiTMCPP / Muhammad Anas Ibrahim

Ibrahim, Muhammad Anas (2024) Program Plus Tahfiz UiTMCPP / Muhammad Anas Ibrahim. Bulletin. Unit Penerbitan Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS).
Abstract

Program Plus Tahfiz pada sesi Mac sehingga Ogos 2023 yang dianjurkan oleh ACIS (Akademi Pengajian Islam Kontemporari) di UiTMCPP adalah salah satu inisiatif pendidikan Islam yang memberi fokus kepada memperkasa pelajar dalam menghafaz Al-Quran sambil mengikuti pengajian akademik. Program ini disusun dengan tujuan untuk melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik tetapi juga dalam pengajian Al-Quran, selaras dengan kehendak dan tuntutan semasa. Terdapat sejumlah 21 orang pelajar yang terlibat, di mana 15 orang berada di Kampus Permatang Pauh manakala 6 orang lagi dari Kampus Bertam yang terdiri daripada pelbagai fakulti. Hafalan tertinggi dalam kalangan pelajar adalah sebanyak 8 juzuk. Meskipun terdapat pelajar yang sedang menjalani praktikal, mereka tetap menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap hafazan mereka.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 108140.pdf]
Text
108140.pdf
Download (22MB)
Indexing & Metrics