Al-Quran panduan abadi untuk kehidupan manusia / Habibah Ayob

Ayob, Habibah (2024) Al-Quran panduan abadi untuk kehidupan manusia / Habibah Ayob. Bulletin. Unit Penerbitan Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS).
Abstract

Al-Quran merupakan kitab suci umat Islam yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW sebagai panduan hidup manusia. Ia bukan sahaja mengandungi ajaran-ajaran keagamaan, tetapi juga merangkumi pelbagai aspek kehidupan manusia seperti akhlak, sosial, ekonomi, dan pendidikan. Dalam konteks ini, artikel ini akan membincangkan kepentingan Al-Quran dalam kehidupan manusia dari pelbagai sudut. 1. Panduan Kehidupan Al-Quran berfungsi sebagai panduan lengkap bagi umat Islam dalam setiap aspek kehidupan. Dalam Surah Al- Baqarah ayat 2, Allah menyatakan bahawa Al-Quran adalah petunjuk bagi mereka yang bertaqwa. Firman Allah SWT Maksudnya;”Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;” (Al-Baqarah 2:2)

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 108107.pdf]
Text
108107.pdf
Download (22MB)
Indexing & Metrics