Kajian kemungkinan untuk menubuhkan sebuah syarikat seni taman (landscaping) di Kilometer 8, Jalan Semariang Batu, Kuching / Suphian@Sharbini Mohiden ... [et. al]

Mohiden, Suphian@Sharbini and Yaman, Sarkawi and Mustapha, Ashor and Awang Madian, Awang Ismail and Radin, Bujang (1990) Kajian kemungkinan untuk menubuhkan sebuah syarikat seni taman (landscaping) di Kilometer 8, Jalan Semariang Batu, Kuching / Suphian@Sharbini Mohiden ... [et. al]. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Kajian ini dijalankan adalah bagi memenuhi kehendak untuk mendapatkan Diploma di dalam Kajian Pengurusan Perniagaan (Pengkhususan Pemasaran/ Marketing). Di antara objektif kajian ini ialah bagi memastikan sama ada terdapat kemungkinan untuk mendirikan sebuah Syarikat Seni Taman di kawasan Petra Jaya, untuk mengetahui permintaan daripada pelanggan-pelanggan di sekitar tersebut. Di samping itu, kajian ini juga dijalankan adalah untuk menentukan keperluan-keperluan bagi sebuah Syarikat Seni Taman sepertiaspek pengurusan, kewangan dan sebagainya serta bagi mengetahui sama ada Syarikat Seni Taman yang akan ditubuhkan berkemampuan untuk menyediakan khidmat nasihat kepada pelanggan-pelanggan. Skop kajian ini adalah bagi mengumpul maklumat mengenai perkembangan perkhidmatan Seni Taman, mengumpul maklumat tentang peluang perkhidmatan dan masalah-masalah yang dihadapi oleh pengusaha-pengusaha Seni Taman yang sedia wujud sekarang. Di samping itu, skop penyelidikan ini juga adalah bagi mengumpul maklumat seperti aspek perundangan, kewangan, pemasaran dan pengurusan serta mengetahui kategori pelanggan yang akan menggunakan perkhidmatan Seni Taman ini.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 108068.pdf]
Text
108068.pdf
Download (617kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Koleksi Akses Terhad | PTAR Kampus Samarahan, Sarawak
Item Status
Processing
Indexing & Metrics