Dari pena ketua editor / Ts. Dr. Mohd Ikmal Fazlan Rozli @ Rosli

Rozli @ Rosli, Mohd Ikmal Fazlan (2024) Dari pena ketua editor / Ts. Dr. Mohd Ikmal Fazlan Rozli @ Rosli. Bulletin. Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni.
Abstract

Alhamdulillah, dengan rasa penuh syukur, saya mengalu-alukan kehadiran anda semua dalam edisi terbaru buletin yang memfokuskan kepada kerja-kerja kemasyarakatan ini. Buletin Apa Habaq Hangpa ini merupakan edisi ke-2 dan memfokuskan kepada kerja-kerja kemasyarakatan yang telah dilaksanakan oleh warga Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP). Dalam dunia yang sentiasa berkembang ini, adalah penting bagi kita untuk terus mengingati tanggungjawab sosial kita sebagai individu yang hidup dalam sebuah komuniti yang berbilang bangsa dan budaya. Sebagaimana yang pernah dikatakan oleh Mahatma Gandhi, “The best way to find yourself is to lose yourself in the service of others.” Katakata ini mengingatkan kita bahawa dalam memberi, kita sebenarnya menemui makna hidup yang lebih mendalam. Kerja-kerja kemasyarakatan bukan sekadar membantu mereka yang memerlukan, tetapi juga satu proses untuk memperkayakan jiwa kita dengan nilai-nilai murni seperti kasih sayang, empati, dan rasa tanggungjawab.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 107965.pdf]
Text
107965.pdf
Download (272kB)
Indexing & Metrics