Program Tabung Kasih Ramadan Pusat Jagaan Permata Kasih / Wan Anisha Wan Mohammad

Wan Mohammad, Wan Anisha (2024) Program Tabung Kasih Ramadan Pusat Jagaan Permata Kasih / Wan Anisha Wan Mohammad. Bulletin. Unit Penerbitan dan Publisiti JSKM.
Identification Number (DOI): vol 12
Abstract

Pada 4 April 2024 yang lalu, Unit Khidmat Masyarakat, Jabatan Sains Komputer dan Matematik, UiTM Cawangan Pulau Pinang telah menganjurkan Program Tabung Kasih Ramadan Pusat Jagaan Permata Kasih. Program ini merupakan salah satu daripada program sumbangan bersempena bulan Ramadan pada tahun ini yang dilaksanakan di bawah Jabatan Sains Komputer dan Matematik dengan sasaran penerimanya anakanak yatim di Pusat Jagaan Permata Kasih. Terdapat lebih kurang 60 orang anak yatim berumur 4-6 tahun tinggal di Pusat Jagaan Permata Kasih yang bertempat di Taman Seri Mengkuang. Sumbangan berupa wang ringgit dan bahan keperluan/makanan harian diperlukan untuk membayar bahan kelengkapan rumah, bil-bil serta bahan mentah bagi menampung keperluan harian anak-anak yatim di Pusat Jagaan Permata Kasih. Sebagai tanda prihatin terhadap anak-anak yatim di Pusat Jagaan Permata Kasih, sumbangan ini di harapkan dapat membantu dalam perbelanjaan keperluan harian anak-anak yatim di Pusat Jagaan Permata Kasih.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 107167.pdf]
Text
107167.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics