Program Open International Innovations Challenge 2024 (OpIIC2024) / Siti Nurleena Abu Mansor

Abu Mansor, Siti Nurleena (2024) Program Open International Innovations Challenge 2024 (OpIIC2024) / Siti Nurleena Abu Mansor. Bulletin. Unit Penerbitan dan Publisiti JSKM.
Identification Number (DOI): vol 12
Abstract

Program Open International Innovations Challenge 2024 (OpIIC2024) telah Berjaya dilaksanakan pada 5 September 2024 secara atas talian. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Sains Komputer dan Matematik, UiTM Cawangan Pulau Pinang dengan kerjasama Universitas Negeri Semarang (UNNES), Indonesia. Objektif utama program ini adalah untuk menyemai budaya inovasi dalam kalangan ahli akademik, profesional industri, dan pelajar, di samping memupuk budaya rekacipta ke arah komersialisasi. Program ini turut menyokong hasrat kerajaan untuk memperkukuhkan aktiviti inovasi di Malaysia melalui kerjasama antara institusi pengajian tinggi, industri, dan pelbagai sektor pendidikan. OpIIC2024 telah menerima penyertaan seramai 82 kumpulan yang terdiri daripada ahli akademik, profesional, serta pelajar dari pelbagai institusi pengajian tinggi dan institute kemahiran. Penyertaan ini melibatkan bidang-bidang seperti kejuruteraan elektrik, mekanikal, dan awam, teknologi makanan, sains kesihatan, teknologi dalam pendidikan, ICT, serta gamifikasi. Semua penyertaan dinilai oleh juri yang berwibawa dari kalangan akademia dan pakar profesional dalam bidang masing-masing. Sesi penjurian berlangsung antara 5 hingga 16 Ogos 2024, dan keputusan pemenang diumumkan pada 5 September 2024.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 107159.pdf]
Text
107159.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics