Celik Faraid! / Noorsaliza Amin Nudin and Nor Laila Ahmad

Amin Nudin, Noorsaliza and Ahmad, Nor Laila (2024) Celik Faraid! / Noorsaliza Amin Nudin and Nor Laila Ahmad. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.
Abstract

Ilmu faraid adalah ilmu yang perlu dipelajari oleh seseorang Muslim. Merujuk kepada Riwayat Muslim, Abu Hurairah pernah mendengar Nabi Muhammad s.a.w menyatakan kepentingan mempelajari ilmu faraid. Hukum mempelajari ilmu faraid adalah fardu kifayah di mana apabila sebahagian umat Islam mengerjakannya maka orang lain tidak berdosa. Faraid adalah ilmu fiqh yang perlu diketahui oleh umat Islam untuk mengelakkan perbalahan antara ahli keluarga. Faraid dari segi bahasa ialah menentukan, memastikan, menghalalkan dan mewajibkan. Manakala faraid menurut istilah syarak ialah pembahagian harta seorang Islam yang meninggal dunia sama ada beliau meninggalkan wasiat atau tidak sebelumkematiannya. Harta yang perlu dibahagikan kepada ahli waris mengikut faraid adalah baki harta setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang si mati dan pelaksanaan wasiat.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 106763.pdf]
Text
106763.pdf
Download (23MB)
Indexing & Metrics