JSKM @ Upcycle Plogging 2024 / Mawardi Omar

Omar, Mawardi (2024) JSKM @ Upcycle Plogging 2024 / Mawardi Omar. Bulletin. Unit Penerbitan e-Buletin JSKM.
Identification Number (DOI): vol 12
Abstract

A Upcycle Park, Bandar Perda Bukit Mertajam, Pulau Pinang, merupakan taman awam yang baru diwujudkan dengan konsep kitar semula dan mesra alam. Namun, keindahan taman ini sedikit terjejas akibat sampah yang dibuang oleh pengunjung. Oleh itu, Unit 5S Jabatan Sains Komputer dan Matematik (JSKM), UiTM Cawangan Pulau Pinang, telah menganjurkan program JSKM @ Upcycle Plogging pada 19 April 2024 sebagai usaha untuk membersihkan taman dan meningkatkan kesedaran tentang kebersihan alam sekitar. Program plogging melibatkan 19 orang staf JSKM. Aktiviti bermula dengan sarapan ringan pada jam 8.30 pagi, diikuti dengan taklimat ringkas tentang plogging dan keselamatan. Para peserta kemudian bergerak secara berkumpulan dan dibekalkan dengan beg sampah dan sarung tangan. Aktiviti plogging bermula pada jam 9 pagi dan berlangsung anggaran sekitar satu jam. Para peserta berlari atau berjalan sambil mengutip sampah di sepanjang laluan taman. Jenis sampah yang dikumpulkan termasuk plastik, kertas, botol minuman, dan sisa makanan. Sekitar 7 beg sampah telah Berjaya dikumpulkan dan diletakkan pada tong sampah besar yang disediakan oleh pihak Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 106592.pdf]
Text
106592.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics