Aku yang kelam kabut / Jamal Othman

Othman, Jamal (2024) Aku yang kelam kabut / Jamal Othman. Bulletin. Unit Penerbitan e-Buletin JSKM.
Identification Number (DOI): vol 12
Abstract

Hari hari aku kelam kabut
Kejaq itu ini sampai naik semput
Bergegas ke sana sini macam naik tut-tut
Orang tengok kita pun macam badut
Sampai terbalik pakai kasut
Tak tau la apa yang aku kalut
Kerja pun dah kelaut
Stress serius dahi berkerut
Mula segala penyakit mai hinggap termasuk gaot
Sakit lenguh satu badan pi mengurut
Tak dan gunting rambut biaq kusut
Dah tua buatlah yang patut
Semua benda aku nak kaut, sedut dan sambut
Tu yang hasil pun jadi mengarut
Dalam dok kalut tu ada yg mai menghasut
Gosip pun mai bertaut akibat mulut
Pahala pun menyusut Dosa pulak naik membusut
Sedaq-sedaq lah, umuq dah lanjut
Jangan sampai diri terjerut
Tiba-tiba malaikat maut mai menjemput
Tak dan bawak amalan tapi bawak kain kapan badan dibalut
Amalan akhirat perlu dikembangkan, duniawi mula dikecut
Itulah yang perlu kita semua sahut
Semoga pengakhir hayat kita
Syahadah mampu disebut

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 106507.pdf]
Text
106507.pdf
Download (3MB)
Indexing & Metrics