Membentuk masa depan: rangkaian strategi kebolehpasaran graduan / Nurul Syafawani Halim ... [et al.].

Halim, Nurul Syafawani and Yusuf, Nurul Kamalia and Nik Mat, Nik Mahfuzah and Amzah, Rodhiah (2024) Membentuk masa depan: rangkaian strategi kebolehpasaran graduan / Nurul Syafawani Halim ... [et al.]. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.
Abstract

Pada era globalisasi ini, kebolehpasaran graduan universiti merupakan isu yang semakin mendapat perhatian, terutamanya dalam meniti arus modenisasi serta kemajuan teknologi yang menjadikan pasaran kerja semakin kompetitif. Kebolehpasaran merujuk kepada kemampuan seseorang individu untuk mendapatkan dan mengekalkan pekerjaan, yang bergantung bukan sahaja kepada kelayakan akademik tetapi juga kepada kemahiran praktikal dan kebolehan untuk beradaptasi (National Graduate Employability Blueprint 2012-2017). Terdapat beberapa faktor utama yang mempengaruhi kebolehpasaran pelajar termasuklah kemahiran teknikal dan interpersonal, pengalaman kerja melalui latihan industri, serta jaringan profesional yang dibina semasa tempoh pengajian di peringkat universiti. Bagi mempersiaga graduan universiti dalam menghadapi cabaran dunia kerja yang berdaya saing, berikut merupakan rangkaian strategi untuk membantu mempertingkatkan kebolehpasaran graduan baik untuk pasaran domestik mahupun global.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 106165.pdf]
Text
106165.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics