Penilaian kendiri dan rakan sebaya satu peluang kepada pelajar untuk berikan pandangan atau peluang untuk disalah guna demi kepentingan diri? / Rafizan Abdul Razak and Akma Hidayu Dol @ Abdul Wahid

Abdul Razak, Rafizan and Dol @ Abdul Wahid, Akma Hidayu (2024) Penilaian kendiri dan rakan sebaya satu peluang kepada pelajar untuk berikan pandangan atau peluang untuk disalah guna demi kepentingan diri? / Rafizan Abdul Razak and Akma Hidayu Dol @ Abdul Wahid. Buletin FPN, 7. ISSN 2805-4539
Abstract

Penilaian kerja kursus berterusan adalah salah satu kaedah yang biasa digunakan untuk menilai prestasi seorang pelajar di universiti. Komponen penilaian kerja kursus merangkumi pelbagai item seperti ujian, kuiz, kerja kumpulan, pembentangan projek kumpulan atau individu, penilaian pensyarah atau penilaian kendiri pelajar berdasarkan rubrik dan lain-lain. Salah satu komponen yang diguna pakai secara meluas kini adalah penilaian rakan sebaya atau penilaian kendiri pelajar sesame sendiri untuk kerja kumpulan yang dilakukan dalam sesuatu kursus. Objektif pelaksanaan penilaian kendiri dan rakan sebaya ini adalah memberi peluang latihan dan menggalakkan keterlibatan pelajar secara holistik dalam proses pembelajaran mereka terutama dari segi kemahiran membuat keputusan, memberi pendapat dan pandangan bersesuaian, kerjasama dan kepimpinan. Pelajar akan menilai rakan sebaya dalam kumpulan masing-masing dan diri sendiri berdasarkan rubrik yang telah ditetapkan dalam sesuatu kursus seperti rubrik penilaian kerjasama dalam kumpulan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 105839.pdf]
Text
105839.pdf
Download (498kB)
Indexing & Metrics