Penggunaan aktiviti amali mudah dalam meningkatkan pencapaian pelajar pra diploma sains / Nur Jannah Azman and Nor Fadhlin Jaafar

Azman, Nur Jannah and Jaafar, Nor Fadhlin (2024) Penggunaan aktiviti amali mudah dalam meningkatkan pencapaian pelajar pra diploma sains / Nur Jannah Azman and Nor Fadhlin Jaafar. Bulletin. Academy of Language Studies, Universiti Teknologi MARA Negeri Sembilan Branch, Rembau Campus.
Abstract

Matlamat pendidikan adalah untuk menghasilkan pelajar yang mempunyai kefahaman mendalam terhadap sesuatu ilmu pengetahuan serta mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi yang diharap dapat melahirkan tenaga kerja yang cemerlang. Menyahut seruan kerajaan dalam memperkasa pendidikan sains, maka FSG UiTM Cawangan Negeri Sembilan di bawah Jabatan Fizik dan Sains Bahan mempelbagai aktiviti pengajaran untuk memperkukuh pemahaman pelajar melalui aktiviti makmal yang merupakan satu kemestian dalam pendidikan sains. Seperti yang kita maklum, kaedah makmal adalah satu satunya kaedah yang melatih pelajar menguasai kemahiran saintifik. Aktiviti makmal penting dalam mempelajari ilmu fizik yang terdiri daripada pelbagai konsep abstrak. Melalui aktiviti ini, pelajar seharusnya lebih memahami dan menguasai sesuatu topik pembelajaran seterusnya membantu kepada rangsangan kemahiran berfikir aras tinggi. Bagi mengukur hasil pembelajaran aktiviti tersebut, aktiviti penilaian juga merupakan aspek penting yang ditekankan dalam program ini.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 105721.pdf]
Text
105721.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics