Teks ucapan perasmian Bertam Beraya: meriahnya Aidilfitri / Profesor Ir. Dr Ahmad Rashidy Razali

Razali, Ahmad Rashidy (2023) Teks ucapan perasmian Bertam Beraya: meriahnya Aidilfitri / Profesor Ir. Dr Ahmad Rashidy Razali. In: Bertam Beraya: Meriahnya Aidilfitri, 18 MEI 2023, FOYER BLOK MAKMAL, KAMPUS BERTAM. (Unpublished)
Abstract

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh
Salam Malaysia Madani

1. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang ada di sini. Sesungguhnya, saya secara peribadi ingin menyatakan penghargaan dan terima kasih kepada Penolong Rektor Kampus Bertam, Encik Amir Heberd Abdullah dan semua warga Kampus Bertam kerana menjemput saya ke Majlis Bertam Beraya : Meriahnya Aidilfitri. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menjayakan majlis ini. Tidak lupa juga saya mengalu-alukan kehadiran para tetamu istimewa UiTM
Cawangan Pulau Pinang yang terdiri daripada rakan-rakan strategik dan rakan industri yang senantiasa menyokong pelbagai program dan aktiviti yang dianjurkan. Terima kasih semua.
Hadirin sekalian,

2. Aidil fitri juga adalah saat di mana kita harus melapangkan dada serta fikiran bermaaf-maafan sesama sendiri. Andai tersilap bicara, terkasar bahasa, hulurkan lah kedua belah tangan dengan penuh keikhlasan memohon ampun dan maaf baik di kalangan ahli keluarga sendiri, sahabat, teman, rakan sepejabat, jiran tetangga tanpa mengenal usia. Murnikan lah bulan syawal ini dengan saling bermaaf-maafan bagi menggukuhkan dan mempereratkan lagi tali silaturrahim kerana bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Seperti mana bait-bait pepatah inggeris, let’s us forgives and forget.

3. Adalah menjadi harapan saya dengan adanya majlis seperti ini, ianya dapat mewujudkan satu semangat muhibah dan harmoni di antara warga kampus Bertam khasnya.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 105712.pdf]
Text
105712.pdf
Download (166kB)
Indexing & Metrics