Teks ucapan perasmian Bertam Beraya 2022 / Dr Siti Nur Fadzilah Muhsain

Muhsain, Siti Nur Fadzilah (2022) Teks ucapan perasmian Bertam Beraya 2022 / Dr Siti Nur Fadzilah Muhsain. In: Bertam Beraya 2022, 30 March 2022, Foyer Blok Makmal, UiTMCPP Kampus Bertam. (Unpublished)
Abstract

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh
Salam Keluarga Malaysia
Salam Keluarga UiTM

1. Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat ALLAH S.W.T. kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat kita bersama-sama pada hari ini, berhimpun untuk bersama-sama merayakan Aidil Fitri yang hampir ke penghujungnya. Tidak lupa juga barisan Jawatankuasa Eksekutif Negeri dan staf yang bersara yang hadir pada hari ini. Terima kasih banyak-banyak kerana sudi meluangkan masa untuk menyambut hari raya bersama kami di sini. Bagi pihak warga Kampus Bertam kami sangat mengalu-alukan kehadiran hadirin sekalian.

2. Tujuan sambutan Bertam Beraya 2022 ini dilakukan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara kita semua. Mudah-mudahan dengan terlaksananya aktiviti seperti ini, dapat menguatkan lagi ikatan sesama warga khususnya warga Kampus Bertam. Dikesempatan ini juga marilah kita sama-sama memohon kemaafan.
Kalau ada silap dan salah janganlah disimpan di dalam hati. Sama-samalah kita memberi kemaafan.
Hadirin yang dihormati sekalian

3. Selain itu, tujuan sambutan Bertam Beraya ini dilakukan adalah sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah SWT., kerana segala nikmat yang diberikan kepada kita dapat berkumpul semula setelah 2 tahun tidak dapat meraikan lebaran secara sua muka wabak COVID19. Dalam kita bersuka ria, janganlah kita lupa kepada mereka yang kurang bernasib baik, serta amalkan SOP pencegahan COVID-19 dalam keseronokan kita pada hari ini.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 105708.pdf]
Text
105708.pdf
Download (133kB)
Indexing & Metrics