Teks ucapan perasmian Majlis Perasmian Program International Community Service Collaboration di antara UiTMCPP, Malaysia dan Universitas Airlangga, Unair, Indonesia / Profesor Madya Ts. Dr. Basharudin Abdul Hadi

Abdul Hadi, Basharudin (2024) Teks ucapan perasmian Majlis Perasmian Program International Community Service Collaboration di antara UiTMCPP, Malaysia dan Universitas Airlangga, Unair, Indonesia / Profesor Madya Ts. Dr. Basharudin Abdul Hadi. In: Majlis Perasmian Program International Community Service Collaboration di antara UiTMCPP, Malaysia Dan Universitas Airlangga, Unair, Indonesia, 8 Januari 2024, Bilik Mesyuarat Utama, UiTMCPP Kampus Bertam. (Unpublished)
Abstract

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh
Salam Malaysia Madani
Salam UiTM Dihatiku

1.Alhamdulillah, marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana atas sifat Rahman dan Rahim-Nya jua, kita semua dikurniakan nikmat kesihatan dan kelapangan waktu untuk bersama-sama dalam Majlis Perasmian Program International Community Service Collaboration di antara UiTMCPP, Malaysia dan Universitas Airlangga, UNAIR, Indonesia pada pagi ini.

2.Pertamanya, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada UiTMCPP Kampus Bertam dan Fakulti Sains Kesihatan UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam atas penganjuran program pada hari ini.

3.Tidak lupa rakan kolaborasi yang turut bersama iaitu delegasi dari Universitas Airlangga, Indonesia. Selamat Datang ke UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam, Malaysia.

4. Kerjasama antarabangsa antara universiti adalah aspek penting dalam kemajuan akademik dan penyelidikan. Kerjasama sedemikian menawarkan banyak faedah termasuk perkongsian pengetahuan, sumber dan kepakaran, memupuk pemahaman budaya dan menangani cabaran global.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 105641.pdf]
Text
105641.pdf
Download (150kB)
Indexing & Metrics